inside-out_banner
gambar: http://posterposse.com/take-a-look-at-the-little-voices-inside-your-head-with-our-official-collaboration-with-pixar-for-inside-out/

Bila bercakap mengenai Animasi, Malaysia masih lagi belum mampu kedepan dalam menterjemah karya kedalam bentuk animasi untuk pasaran antarabangsa. Namun untuk Malaysia dibandingkan dengan negara jiran yang lain, barangkali kita (Malaysia) lebih berjaya. Kerana kita punya Upin dan Ipin. Tetapi untuk 5 ke 10 tahun akan datang tidak cukup untuk kita asyik bercakap mengenai Upin dan Ipin sahaja. Malaysia banyak karya animasi, tetapi hanya Upin dan Ipin sahaja yang mampu diangkat sehingga ke layar lebar (wayang) yang lain sekadar siri tv.

Produksi yang menghasilkan Inside Out memakan wang berjumlah $175 Million oleh Walt Disney Pictures dan Pixar Animation Studio. Tetapi box office yang dipungut sebanyak $774.5 Million (sumber wikipidea).

Yang paling menarik dari sebalik Inside Out, filem ini diterjemahkan melaui kajian psikologi. Iaitu penemuan neuropsikologi bahawa emosi manusia dicerminkan dalam hubungan interpersonal dan boleh dengan ketara sederhana oleh diri kita sendiri. (Menarik bukan?).

Perjalanan cerita mengenai kehidupan personaliti emosi: Gembira (suara oleh: Amy Poehler), Kesedihan (Phyllis Smith), Takut (Bill Hader), Marah (Lewis Black), dan Meluat (Mindy Kaling), daripada ketidakstabilan sehinggalah emosi asas membina taman-taman yang lebih indah dari yang disangka jika berlaku ‘sinergi’ emosi. Menontonnya boleh buat kita tergelak, menangis dan berfikir mencari jalan keluar bersama ‘Joy’ untuk kembali ke pejabat HQ.

Advertisements